Tuesday, October 2

Kau Sahabat Kaulah Teman

Sahabat ? Apa erti sahabat dalam hidup ?Bagi aku sahabat tu yang boleh susah senang suka duka gembira bersama kita . Bukan nya yang senang sama-II tapi susah kita sorang-II . Bagi aku mencari sahabat sejati dalam dunia ni umpama mencari sebutir permata di celahan pasir yang bertimbun . Susah beb . Paling-II korang akan anggap kawan yang korang jumpa time sekolah time di U tulah kawan sejati . Tapi pernah tak kita berfikir , walaupun kita ramai kawan ,tak kisah lah di mana walau di muka buku sekalipun , adakah mereka juga menganggap kita sebagai kawan ? Mungkin ada yang ya . Kita hidup banyak menempuhi dugaan dan rintangan . Mungkin kita akan dapat seorang sahabat yang mungkin depan baik tapi belakang kita ? ada juga dapat kawan makan kawan , kawan tikam belakang kita . Rasa-II lah , dalam dunia ni semua pernah dapat kawan yang sebegitu . Tapi kalau tak , Alhamdulillah . Allah sentiasa menguji kita dengan pelbagai ujian . Kita hidup kat dunia ni memerlukan seorang kawan , cukup dengan seorang kawan iaitu kawan sejati . Bila kita bersedih dia lah peneman , bila kita gembira dia boleh ketawa bersama walaupun tak lawak , dia boleh jadi pembimbing pedoman . Tanpa Sahabat siapa lah kita kan ? Dalam islam sendiri ALLAH menggalakkan kita bersahabat,berteman,berkasih antara kita dan sebab itulah ALLAH menjadikan kita berbilang kaum dan warna kulit agar kita dapat saling kenal dan hormat-menghormati .

Sifat yang perlu ada sebagai seorang sahabat:

* Ikhlas bersahabat kerana ALLAH
* Redha menerima kekurangan sahabat kita
* Tidak mengharapkan kebaikan atau ada niat yang tersembunyi
* Sabar dan menegur sahabat dengan berhikmah
* Sayang sahabat kita seperti sayang diri sendiri
* Sanggup berkorban demi kebaikan sahabat
* Bertolak ansur dalam sesuatu perkara
* Berfikiran terbuka dalam menerima pendapatnya

Jadi , kita jangan lah terlalu memilih kasih dalam berkawan . Tak salah kan berkawan dengan sesiapa . Tapi jangan lah sampai salah memilih kawan sampai mendatangkan masalah kepada kita semua . Pada semua kawan-II aku , Fahamilah maksud dan makna seorang KAWAN .
"Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaanMu, Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku, Kau jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, peniup semangat jihadku, saling membantu memikul amanah dakwah agamaMu, Kau jadikanlah ukhuwwah ini disemai atas redhaMU, teguhkan atas Cinta PadaMu, Lindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami dari mengingatiMu. Ya Allah bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabatku dengan cinta kepadaMu. Amin."

Monday, October 1

KING that my NAME !


Selamat pagi dan salam selasa buad anda . Semoga hari ni lebih baik dari yang semalam oke oke oke . Entry pada hari ni nak cerita sikit lah pasal nama yang bernama ni .KING ? ape yang nak cerita pasal nama king ni ..kadang-II malas nak cerita sebab nanti kata riak bangga dan takkabur pulak .tapi takpe .. haa .sebelum tuh baik muntah dulu sebelum nak baca entry ni .. Dah muntah baru boleh baca read dan reading. Nak kata glamour tak jugak . nak kata popular tak jugak .eh semua tak lah . tapi korang ada perasan tak yang nama king ni ada kat mana-II ? nak contoh ke ?? oke-II . Bila korang pergi mana-II korang perasan tak mesti ada dekat papan tanda taupun mane-II lah , coolingKING , KINGkong , KINGkoil , KINGdom , ahh malas nak panjang-II .Cari lah sendiri kan . Kalau korang nak tau , kalau dalam pembelajaran BI  pun kan ada penambahan ING kan . So bile speak+ing =speaKING . Ouhh rasa terharu sebab nama KING tuh ada kat mana-II . So pada korang yang rasa meluat ,terima kasih kawan . Saya amat hargai . Tapi tak payah nak jelly sangat , tak baik . Kalau dah terasa menyampah sila nyanyi lagu dramaKING . k sekian & sekian .

KONSERT R&R SINAR KEMBALI - JOHOR BAHRU

“Konsert R&R SINAR kembali lagi, kali ini turun ke selatan tanah air untuk menggegarkan Johor Bahru pada 29 September 2012, pukul 8.30 malam. Acara yang bertempat di Padang A, Plaza Angsana Johor Bahru ini akan membariskan artis 80-an terkenal bagi memenuhi permintaan pendengar SINAR fm yang rindukan aksi penghibur pujaan mereka suatu waktu dahulu.

R&R untuk Rock & Retro, selama 3 jam, penonton akan disajikan dengan persembahan dan melodi yang pasti mengundang nostalgia. Pendengar setia SINAR fm pasti tidak mahu ketinggalan temu janji di Johor Bahru, sambil bersama-sama menikmati alunan muzik retro secara langsung, malah dihiburkan pula oleh penyampai-penyampai SINAR fm sendiri – iaitu Salih Yaccob, Raja Azura, Khairil Rashid, Abby Fana, Feeya, Najman, Zaidi dan Jamal Jamaluddin.

Barisan artis yang akan membuat persembahan ialah Datuk David Arumugam, Endang S. Taurina, Wann, Azri (Kilauan Emas 2), kumpulan komedi Jambu, Ezad Lazim serta legenda rock tanah air iaitu Ramli Sarip. Shah Slam pula bertindak sebagai pengarah muzik di Konsert itu nanti.
Tiket VIP Konsert R&R SINAR turut ditawarkan secara eksklusif kepada pendengar-pendengar SINAR fm. Untuk mendapatkan tiket VIP ini, pendengar telah menyertai peraduan menamakan artis-artis yang mereka mahu tampil di Konsert R&R SINAR melalui laman web rasmi SINAR fm www.sinar.fm.”

oke-II kat atas tu mukamidah jer , eh mukadimah lah . Baru jer berlangsung pada sabtu lepas iaitu pada 29 sep 2012 . Konsert R & R sinar ni bermula pada pukul 8.30 malam . Selama jam k konsert tuh . Memang best dan ohsem . Menampilkan artis-II retro . Still mantap suara mereka sampai sekarang .  Lagi-II Endang S.Taurina .Pehh mulot ternganga beb ! Rakyat JB pon memang lah sporting kan .Pergi dengan yang tersayang pulak tuh , aww. so suuweett . Kumpulan Jambu pun ade . Dapat bergambar dengan mereka . Tapi sayang nya gambar takder sekarang ni . Takpe , tunggu entry yang akan datang okeh . Peace YOO . :)