“Konsert R&R SINAR
kembali lagi, kali ini turun ke selatan tanah air untuk menggegarkan Johor
Bahru pada 29 September 2012, pukul 8.30 malam. Acara yang bertempat di Padang
A, Plaza Angsana Johor Bahru ini akan membariskan artis 80-an terkenal bagi
memenuhi permintaan pendengar SINAR fm yang rindukan aksi penghibur pujaan
mereka suatu waktu dahulu.
R&R untuk Rock & Retro, selama 3 jam, penonton akan disajikan dengan persembahan dan melodi yang pasti mengundang nostalgia. Pendengar setia SINAR fm pasti tidak mahu ketinggalan temu janji di Johor Bahru, sambil bersama-sama menikmati alunan muzik retro secara langsung, malah dihiburkan pula oleh penyampai-penyampai SINAR fm sendiri – iaitu Salih Yaccob, Raja Azura, Khairil Rashid, Abby Fana, Feeya, Najman, Zaidi dan Jamal Jamaluddin.
Barisan artis yang akan membuat persembahan ialah Datuk David Arumugam, Endang S. Taurina, Wann, Azri (Kilauan Emas 2), kumpulan komedi Jambu, Ezad Lazim serta legenda rock tanah air iaitu Ramli Sarip. Shah Slam pula bertindak sebagai pengarah muzik di Konsert itu nanti.
Tiket VIP Konsert R&R SINAR turut ditawarkan secara eksklusif kepada pendengar-pendengar SINAR fm. Untuk mendapatkan tiket VIP ini, pendengar telah menyertai peraduan menamakan artis-artis yang mereka mahu tampil di Konsert R&R SINAR melalui laman web rasmi SINAR fm www.sinar.fm.”

oke-II kat atas tu mukamidah jer , eh mukadimah lah . Baru jer berlangsung pada sabtu lepas iaitu pada 29 sep 2012 . Konsert R & R sinar ni bermula pada pukul 8.30 malam . Selama jam k konsert tuh . Memang best dan ohsem . Menampilkan artis-II retro . Still mantap suara mereka sampai sekarang . Lagi-II Endang S.Taurina .Pehh mulot ternganga beb ! Rakyat JB pon memang lah sporting kan .Pergi dengan yang tersayang pulak tuh , aww. so suuweett . Kumpulan Jambu pun ade . Dapat bergambar dengan mereka . Tapi sayang nya gambar takder sekarang ni . Takpe , tunggu entry yang akan datang okeh . Peace YOO . :)

No comments:
Post a Comment