WAHAI BAKAL IMAMKU~
Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak…
Terima kasih kerana telah memilihku antara ribuan bidadari di luar
sana yang mungkin jauh lebih baik dan solehah berbanding diriku..
Ketahuilah dirimu, sesungguhnya aku hanyalah wanita biasa yang jauh
daripada kesempurnaan..kerana kesempurnaan itu hanyalah milik DIA.. ?
Ketahuilah dirimu..Bahawa aku mungkin tidak sebijak Aisyah Humaira’..
Aku mungkin berbuat salah dan adakalanya mungkin akan menyebalkan..
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapi diriku..nasihatilah aku
dengan hikmah wahai bakal zaujku.. Ingatlah, aku takkan selamanya dan
selalunya akan kelihatan cantik di matamu..mugkin ada kalanya aku akan
kelihatan kusam dan hodoh..mungkin kerana aku terlalu sibuk di
dapur..menyediakan hidangan buat dirimu dan mujahid-mujahid cilik kita
nanti.. insya ALLAH
Maka aku mungkin tampak kotor dan berbau asap..Atau mungkin kerana
aku harus mengemas istana kecil kita, agar kau dan mujahid-mujahid kita
dapat tinggal dalam keadaan yang kemas dan menenangkan..Maka mungkin aku
tidak sempat berdandan secantiknya untuk menyambutmu pulang kepenatan
dari bekerja…maafkan aku wahai zaujku… Atau mungkin kau akan melihat
diriku terlelap saat mendengar keluhan dan ceritamu..bukan kerana aku
tidak mahu mendengar celotehmu lagi..tetapi kerana semalam saat kau
tertidur dengan nyenyak..aku harus menjaga mujahid kecil kita yang
terjaga sepanjang malam..dan kerana aku tahu dirimu yang kepenatan
bekerja mencari rezeki untuk kami sepanjang hari, maka tidak sedikit aku
mengusik lelapmu…dan esok pagi, andai kau melihatku begitu kepenatan
dengan lingkaran gelap di mataku, tetaplah tersenyum padaku.. kerana kau
kekuatanku wahai suamiku..
Kepadamu yang bakal menjadi nakhoda sepanjang hidupku..Aku mungkin
tidak dapat menjadi setabah Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku
menangis dan marah yang tak tertahan.. kerana aku hanya wanita biasa.
Ada masanya aku memerlukan tempat untuk melepaskan rasa hatiku..
melepaskan kepenatanku..dan yang aku perlukan saat itu hanyalah pelukan
dan belaianmu.. kerana kau ibarat titisan embun yang boleh memadamkan
segala resahku..
Mungkin ada kalanya aku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil
kerana lelah dan penatku ditambah rengekannya yang tak pernah habis..
Sungguh, tidak pernah terlintas untuk aku menyakiti mereka..bukankah
mereka “our beloved little mujahid”? Hanya terkadang aku mungkin
kehabisan cara untuk menenangkannya.. Maka aku minta janganlah kau
membentakku saat itu kerana telah menyakiti buah hati kita… cukup dengan
kau usap kepala memujukku… kerana dengan itu aku tahu kau menghargai
semua yang telah aku lakukan untuk kalian.. maka, saat itu kau akan
menemuiku menangis menyesali perlakuanku menyakiti mujahid-mujahid kecil
kita.. dan aku akan merasakan ribuan kali sakitnya dari apa yang telah
aku perlakukan kepada mereka..maafkan aku wahai suamiku..
Kepadamu yang bakal menjadi imamku sepanjang hidupku..
Ketahuilah aku mungkin tidak sekuat Rabiatul Adawiyah.. Maka jangan
pernah jemu membangunkanku di sepertiga malam untuk bermunajat bersamamu
kepada Yang Maha Pengasih.. Jangan letih mengingatkan aku mendulang
amalan-amalan sunnah.. Jangan pernah bosan mengajari aku.. membimbing
aku ke arah-Nya… Bukankah kita telah berjanji untuk menjadikan
pernikahan ini sebagai medium yang menguatkan lagi cinta kita
kepadaNya..
Kepadamu kekasih hatiku duniaku akhiratku..Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambut yang dulunya cantik mengurai dan lebat
menghitam, mula menipis dan memutih.. Kulitku yang halus menegang kian
kendur lalu tangan yang dahulu halus menjadi kasar.. Aku bukan lagi
wanita yang telah kau khitbah dahulu, janganlah kau berpaling dariku
wahai kekasih hatiku.. kerana satu yang tidak akan pernah berubah hingga
ke akhir nafasku… cintaku buat dirimu kerana Allah… semoga aku tetap
menjadi bidadarimu lagi di syurgaNya nanti.. Sesungguhnya.. tiap hari
yang berlalu…setiap jam..minit..dan detik yang berlalu..telah aku lewati
dengan selalu mencintaimu.. kerana kau PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH
DAN RASUL..Maka, cintailah aku dengan apa adanya pada diriku ini..
Jangan kau anggap aku wanita sempurna. Maafkan aku kerana aku wanita
biasa..
No comments:
Post a Comment